Satu petang selepas selesai kuliah, dua orang sahabat dari jauh berdiskusi apabila terlihat kelibat saya…
“Eh, cuba tgk tu Anis. Nurul nak kemana dengan Liz?”
“A’a la…macam rapat je diorg tu. Berbual mesra lagi. Takpe ke ni Fatma? Awak tau jela Liz tu cmna orangnya..”
“Eh, cuba tgk tu Anis. Nurul nak kemana dengan Liz?”
“A’a la…macam rapat je diorg tu. Berbual mesra lagi. Takpe ke ni Fatma? Awak tau jela Liz tu cmna orangnya..”
Keesokannya…kedua-dua sahabat ini menemui saya.
“Nurul, ana nak tanya. Sejak bila enti berkawan dengan Liz? Enti kan tahu mcm mana orangnya. Ana risau enti akan terpengaruh dengannya. Bukan ana nak bersangka buruk dengan sesiapa, cuma ana sayangkan enti.”
“Alhamdulillah..ana dikurniakan sahabat yang baik mcm enti Fatma, Anis. Tapi orang kata berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” saya mengenyit mata pada kedua-dua sahabat sekadar bergurau senda.
“Ana tahu..ana tak halang enti berkawan dengan sesiapa. Tapi enti sendiri maklum, Liz tu orangnya sosial, pakaiannya saja mencerminkan peribadinya, tutur katanya sering menyakitkan hati. Lagipun, penampilan enti saja dah nampakkan perbezaan dengannya. Enti bertudung labuh, dia… Ana tak suka dengan orang mcm Liz tu.” Anis melahirkan rasa hatinya. Terlihat pada riak wajahnya ada rasa tidak senang dengan perlakuan saya.
Salah ke kawan-kawan untuk saya bersahabat dengan orang seperti Liz??
Kebanyakkan orang lebih selesa berkawan dengan orang yang ‘masuk’ dengannya. Jika di IPT, memang satu panorama yang biasa kelompok-kelompok dari ‘ragam’ yang sama dilihat berkumpul sekali. Biasa lah.. yang nerd kawan dengan nerd jugak. Yang rambut perang dengan rambut perang. Yang bertudung labuh, dengan geng-geng tudung labuhnya. Best ke camni? Takde integrasi pon.
Kebanyakkan golongan yang ‘baik sket’ kurang bergaul dengan insan-insan yang dirasakan ‘tak sama taraf’ dengannya. Mereka yang ‘baik sket’ ni rata-rata pengetahuan agamanya lebih baik jika dibandingkan dengan yang lain. Bukan la tidak bagus, tetapi kan lebih bagus lagi jika dikongsikan dan disebarkan kepada semua?
“Eh..bukan kami tak sampaikan. Kami dah buat usrah lagi. Dekat surau pun selalu kami buat aktiviti. Diorang yang tak nak datang”
Memang benar… Tapi cukup ke dengan itu sahaja? Orang yang selalu ke surau ni, dah memang hari-hari nampak muka tu jugak. Tak nak ke tambah orang lagi? Mungkin mereka yang tak biasa ke surau segan nak datang. Kita yang perlu mendekati mereka. Jangan hanya duduk dalam comfort zone, berkongsi ilmu dengan yang senang menerima nasihat kita sahaja. Bagaimana dakwah kita nak berkembang dengan hanya bergaul dengan orang-orang yang seangkatan dengan kita?
Sebagai orang yang diberikan Allah sedikit ilmu yang lebih dari orang lain, janganlah kita merasa sombong dan bongkak. Memang susah, memang benci rasanya nak berkawan dengan budak-budak nakal ni. Tapi, apakah kita merasakan diri kita cukup baik? Iman kita cukup sempurna? Jika kita baik sekalipun, adakah kita yakin pengakhiran kita juga baik? Mungkin dia yang kita kutuk-kutuk dan kita benci, berubah menjadi insan yang lebih baik 10 tahun akan datang. Bagi Allah, semuanya tidak mustahil…
Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.
Hidayah itu bukan atas kuasa kita untuk memberinya. Apa yang dapat kita lakukan adalah menyampaikan dakwah atas muka bumi ini selagi mana kita mampu. Berdakwah, berjuang, memang susah..kerana syurga itu mahal harganya.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Amin…
* segala nama-nama yg tertera di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kait-mengait dengan mana-mana individu samada yg masih hidup atau yg telah mati.
1 lontaran pandangan:
Assalamualaikum..
topik yang bagus...
"Berkawan biar seribu berkasih biar satu"..ungkapan ni memang betul..
Dalam berkawan memang kita pandai memilih tetapi tak salah kita berkawan dengan orang2 lain..tiada salahnya kita bertudung labuh dan bertudung berkawan dengan orang yang tidak bertudung...
Bagaimana kita nak menyebarkan dakwah kepada mereka yang kurang didikan agama sedangkan kita tidak mahu berkawan dengan mereka...Islam itu indah dan mudah...Islam tdak pernah menghalang kita berkawan dengan sesiapa asalkan kita sendiri pandai menjaga iman dan tingkah laku..
Perlahan-lahan kita cuba memberitahu mereka apa yg terbaik dan apa yang buruk..insyaAllah keikhlasan kita dalam membantu mereka akan membuahkan hasil dan insyaAllah ada nur yang bakal menyinari kita..Secara tidak langsung, ia juga dapat mengingatkan kita supaya tidak alpa dan hanyut dengan hasutan syaitan durjana..
Moga2 kita semua mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T...insyaAllah..
Post a Comment