Monday, November 24, 2008

Kenduri merapatkan silaturrahim.

Semalam kami sekeluarga ke Port Dickson. Bukan untuk berkelah di pantai tapi kerana memenuhi undangan kenduri kahwin salah seorang anak rakan abah. Ini aktiviti pertama semenjak bermula cuti seminggu yang lalu. Lepas ni akan ada banyak lagi aktiviti-aktiviti untuk dipenuhi.

Hujung minggu pertama: Kenduri..kenduri..dan kenduri.
Hujung minggu kedua: Ke Gombak utk kem.
Hujung minggu ketiga: Balik ke Pontian - Raya Haji.
Hujung minggu keempat: Balik Perak - Mak Ngah Nozi kahwin.
Hujung minggu kelima: Balik ke Shah Alam - persediaan ke Brunei.
Hujung minggu keenam: Packing barang utk semester baru.

Perjalanan ke Negeri Sembilan memang memakan masa yang agak lama. Tidak la terlalu lama tetapi cuaca yang panas terik membuatkan perjalanan menjadi kurang selesa. Kenduri itu sebenarnya bukan sahaja merapatkan ikatan antara dua keluarga iaitu keluarga pengantin, tetapi juga merapatkan ikatan persahabatan antara rakan-rakan lama yang sudah 30 tahun tidak bertemu..
Kedatangan rakan-rakan sekerja abah yang sama-sama bertugas di JKR dulu memang satu peristiwa yang manis untuk dikenang. Masing-masing sudah mempunyai anak yang dewasa. Kebanyakkannya seusia dengan saya. Melihat pertemuan sahabat-sahabat ini membuatkan saya tertanya-tanya, bagaimana keadaannya saya 30 tahun akan datang? Adakah sempat untuk saya meraikan hari tua bersama rakan-rakan saya juga? InsyAllah..jika diberi usia yang panjang..
Mendengarkan kisah-kisah mereka pada zaman muda memang seronok! Dan kebanyakkannya berkisar kepada kerjaya dan keluarga. Mereka mengenali saya mungkin kerana saya yang sulung. Tak sangka, mereka adalah orang-orang yang pernah mendukung saya suatu ketika dulu.
Secebis kenangan saya sebenarnya tersimpan bersama mereka. Satu pandangan yang menarik untuk difikirkan sejenak..

2 lontaran pandangan:

Anonymous said...

banyaknya benda yang dirancang. Jangan lupa merancang pembaikian diri.. Doakan ana ek?? X pe la kalau ana x dapat ke Brunei.. Moga ana dapat ke UK.. InysaAllah..

Cahaya Pejuang said...

itu perancangan yg dh tetap. naufal..mekaseh ingatkn akak. ya, pembaikan diri sgt2 penting.cuti2 ni la waktu yg sesuai nk buat. insyAllah..akak doakan adik akak ni berjaya menuntut ilmu di tahap paling tggi.amin (",)

 
Blogger Templates by Wishafriend.com