Saturday, July 11, 2009

Antara Praktikum dan Dakwah


Pesan abah, "Cikgu ni pekerjaan yang elok untuk berdakwah. Sebab tu kena ajar elok-elok. Silap ajar nanti anak murid bawak sampai ke anak cucu. Kita kena tanggung dosa tu."

Mak pulak mesej, "Nanti dah mengajar tu, tanya-tanya la kot ada murid yang miskin. Bagi la zakat kamu tu. Kurang-kurang kamu boleh berdakwah dengan cara tu."


Sesiapa pun boleh jadi guru.

Pada saya, guru bukan lah bermaksud seorang pelajar lulusan fakulti pendidikan yang memegang sijil, diploma atau ijazah pendidikan. Tetapi guru adalah pendidik. Dan sesiapa sahaja mampu mendidik. Yang membezakan antara guru itu ialah perkara-perkara yang dididiknya.


Guru tulen dan guru palsu?
Guru tulen adalah si dia yang mendidik perkara yang bermanfaat; yang tahu membezakan perkara yang disuruh Allah dan perkara yang ditegah, yang niatnya mendidik kerana Allah, yang bukan sahaja mendidik berasaskan skema yang diberi kementerian bahkan menggunakan asas agama, yang tahu bahawa Islam itu menjadi teras dan peneraju utama setiap pekerjaan dan perbuatan, dan yang tidak pernah memisahkan antara profession perguruan dengan agamanya.


Guru palsu adalah si dia yang serba-serbi bertentangan dengan guru tulen; yang bekerja memperhambakan diri pada manusia dan wang ringgit tanpa menghiraukan soal-soal penerapan agama dalam diri pelajar.

Esok adalah hari pertama saya ke sekolah untuk memulakan proses praktikal selepas 5 tahun belajar. Mendebarkan itu semestinya. Tetapi apa yang paling menakutkan ialah didikan dan cara ajaran yang bakal saya bawa. Takut-takut lari dari jalan yang sepatutnya. Nauzubillah.


Mendidik mata pelajaran yang diberikan kementerian dan mendidik akhlak para pelajar adalah 2 perkara yang sangat penting tetapi memerlukan metodologi yang agak berbeza. Dan untuk menjalankan tanggungjawab ini sekaligus memerlukan kesabaran dan kekuatan.


Rabbi yassir wa la tu'assir ya kareem...

Semoga Allah permudahkan segala urusanku, semoga Allah permudahkan jalan dakwahku. Amin Ya Rabb~



*_berfikir dan berfikir_*

2 lontaran pandangan:

Anonymous said...

nak ikut..

falsafah yang tinggi dan menakjubkan..

jadi cikgu yang baik.. Doa ana dapat jadi cikgu yang baik juga~

Cahaya Pejuang said...

nak ikut? jom2..meh la ^_^
moga kita dua dpt jd cikgu yg baik..mendidik n memimpin dgn baik. amin~

 
Blogger Templates by Wishafriend.com