Dunia Islam menangisi pemergian Ketua Barisan Bertindak Islami dan mantan ahli parlimen Lubnan, Ustaz Fathi Yakan yang meninggal dunia pada 13 Jun kemarin pada usia 76 tahun, selepas mengalami masalah kesihatan yang teruk. Almarhum Ustaz Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli yang terletak di Utara Lubnan. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang amat penting bagi gerakan Islam di Lubnan dan dunia Islam. Beliau merupakan pengasas gerakan Islam di Lubnan, sekitar tahun 50-an.Ustaz Fathi Yakan mempunyai sumbangan penting dalam menyatukan ideologi gerakan-gerakan Islam di dunia Arab. Beliau telah menghasilkan sejumlah tulisan, antaranya buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam", "Masalah Dakwah dan Pendakwah" serta "Persepsi Haraki
dalam Kerja-kerja Islami". Karya-karya beliau telahpun diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia.
Di Lubnan, beliau berperanan sebagai seorang tokoh yang menyeru kepada perpaduan serta mengelakkan perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan pihak majoriti dan minoriti.
*Diambil dari laman web PEMBINA: http://pembina.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=233:ustaz-fathi-yakan-perginya-seorang-tokoh&catid=11:isu-semasa&Itemid=45
Memetik kata-kata Ustaz Farhan dalam kuliah subuh tadi di Surau Al-Mutmainnah di rumah saya, katanya ulama' ini bagaikan bintang-bintang di langit yang sentiasa memandu manusia di Bumi. Hilangnya sebutir bintang, hilanglah sedikit keserian pada langit.
Pemergian seorang ulama' yang sangat berpengaruh dalam dunia Islam menandakan perginya dia bersama ilmu-ilmunya. Seperti yang kita sedia maklum, sumbangan Ustaz Fathi Yakan dalam dunia ilmuan Islam bukan lah sedikit tetapi banyak dan sampai sekarang buku-buku penulisannya masih diterbitkan untuk kegunaan ramai. Jadi, hargailah dan dampingilah para ulama' sementara kita masih punya masa. Ambillah keberkatan ilmu-ilmu mereka dan berusahalah untuk menceduk sebanyak mana ilmu dari mereka untuk kita sampaikan pada generasi seterusnya.
Allah menghilangkan ilmu itu sedikit demi sedikit dengan mematikan para ulama'. Sebagai golongan muda, apa salahnya kita gunakan kederat kita yg masih kuat untuk mencari ilmu agama sebaik-baiknya.
Al-Fatihah buat Ustaz Fathi Yakan. Semoga Allah menempatkan beliau bersama-sama orang yang soleh.
Sunday, June 14, 2009
Perginya Permata Berharga
Posted by Cahaya Pejuang at 8:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 lontaran pandangan:
Post a Comment