"Amboi Syuhada.. Gembiranya dia! Apa rahsianya?" sapa seorang sahabat.
"Cinta baru..." jawab saya.
"Cinta baru? Aik, dah pandai bercinta pulak sekarang? Sedang dilamun cinta la ni? Dengan siapa?"
"Dengan Allah dan Rasul-Nya la.. Siapa lagi..."
"Tapi kata tadi cinta baru??" (nada hairan)
"Iya la.. Takkan cinta pada Allah dan Rasul-Nya asyik nak pakai yang lama? Tak masyuk la camtu. Hehehe.."
Patah Tumbuh Hilang Berganti
"Mak... Baju ni dh koyak la... Macam mana nak pergi sekolah ni?" tanya seorang anak kepada ibunya.
"Yelah.. Nanti suruh abah kamu belikan yang baru petang ni", jawab ibunya.
Baju yang lama bertukar baru, seluar yang lusuh bertukar baru, fashion rambut yang lama bertukar baru, rumah lama bertukar baru, isteri lama bertukar baru (eeehhh???!!)
Manusia sememangnya makhluk yang tak pernah puas dengan apa yang sedia ada. Kesukaan pada sesuatu yang baru itu bukanlah satu fenomena luarbiasa bagi manusia. Malahan, ianya telah sebati dalam diri manusia. Benda baru kan.. memang la best!
"Ok... cuba sekarang kita amek contoh lain pulak."
"Contoh apa?"
"Kita amek 'iman' sebagai contoh..."
Iman yang lama bertukar baru. Iman itu terbitnya dari kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya juga kan? Ha! Jadilah cinta baru ^_^
Cinta Baru
Rasanya sangat lah bersyukur kerana pada Ramadhan kali ini saya terasa seolah-olah telah mendapat cinta baru. Cinta lama yang sangat usang dan lusuh dapat ditukar dengan cinta baru yang sudah lama dicari-cari. Bukan tidak ada cinta baru, tapi tak ternampak dek mata yang dikaburi dosa dan noda ini.
Proses Mendapat Cinta Baru
Hidup ini bagaikan roda. Sekejap kita di atas.. Sekejap kita di bawah. Kehidupan yang bagaikan putaran roda ini membawa juga putaran iman yang adakalanya berada di tahap yang baik, dan adakalanya di tahap yang terlalu rendah untuk dipertontonkan pada kamera Allah yang tak pernah habis bateri mahupun filem merakam setiap perbuatan kita.
Itu lah saya. Dan rasanya sesiapa juga pernah merasa perasaan yang sama. Bezanya antara kita cuma, persekitaran, sahabat, keluarga, dan pendidik. Alhamdulilah, di sekitar saya masih ada ramai insan yang sentiasa membantu dengan teguran dan nasihat-nasihat berguna. Keluarga yang sentiasa memantau tumbesaran dan perubahan sesama ahli yang lain, dan menegur jika terleka.
Jadi pada yang tiada, bagaimana?
Tugas dakwah itu kan wajib bagi setiap manusia. Jadi, pada yang ada 'Cinta Baru', mari kita gerakkan semua! (n_~)
_*berfikir dan berfikir*_
Friday, August 28, 2009
Cinta Baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 lontaran pandangan:
Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan fitrah insani.. Dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula..
Cinta itu tidak pernah meminta, ttp memberi sepenuh rela.. Rasa bahgia, biarpun sengsara, berkorban segala-gala..
*Biarpun kita terlalu cintakan seseorang, jgnlah sampai cinta kita itu menghalangnya drp menggapai cinta Ilahi.. Ingatkan adik sentiasa, akak..
muslim yg terlampau cinta tuhan=terrorist.
Ya betul..
Jadi jgn letakkan cinta manusia di hati, tp letaklah di tangan. Kalau terlepas dr tangan sekalipun, rasa sakitnya x terasa dek tangan. Cinta di hati itu hny utk Allah. kan adik kan ^_^
Eh, akak ingt adik akak ni sll ;)
salam ,
wa...rindu kak syu!..
tp masa membataskan pergerakan.. hehe (alasan~~)
yela, time tghari ireland, kat mlysia malam,
time sini alam, malaysia tghari.. hehe
kak syu sihat?
mesti punye. haha
rindulah... huhu
meh la cni.. :(
Post a Comment