Asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s.,Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.
Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s.itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan diantara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah.
Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.
Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan ditempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
"Allah s.w.t.jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada diatas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni."
Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini,lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam."Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia,sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya.
Rasulullah s.a.w.dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.
(Kisah ini saya ambil dari e-mail yang diberikan oleh seorang sahabat. Moga ilmu yang bermanfaat ini dapat dikongsikan bersama)
_*berfikir dan berfikir*_
Sunday, August 23, 2009
Uniknya Kejadian Buah Tamar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 lontaran pandangan:
mengarut sungguh cerita ni. Semua religion adalah mitos!
kalau semua religion adalah mitos..jd siapakah Pencipta anda? mak anda kah? ayah anda?
ever heard of big bang? evolution? takda agama pernah explain tentang usia universe..sebab pegetahuan pencipta/pengarang agama tu terhad dan cetek..
kemajuan sains dah enlighten kita..jgn jadi jahil.
aku percaya pada sains. kerana asas sains adalah fakta dan pembuktian. manakala asas agama adalah faith. just faith. tiada agama pernah beritahu the fact. semua pun based on faith. Banyak fakta salah pula tu. Sebagai contoh, Langit mana boleh terbelah di hari kiamat..kerana langit bukanlah sesuatu yg solid..fikirkan..mana ada 7 lapis langit..kita ada infinite space lah di luar sana..Bukan orang arab je boleh panjat pohon kurma..orang China boleh juga..
bumi ni dah berbilion tahun. timeline sejarah agama cuma 7000 tahun je dari sekarang ke nabi adam dulu..sebab tu dalam mana2 kitab pun xda cerita ttg dinosaur, takda cerita pasak easter island. sebab pengarang/pencipta agama ketika itu, tak tahu pasal mende2 tu.
so dengan kemajuan sains yg ada hari ini, agama adalah sistem yg obsolete, digunakan untuk tujuan membantutkan perkembangan manusia.
well,tak suka mitos~
make ur research first before saying..
science just the scientist's assumptions..
sumtyms i could be right n sumtyms i could be wrong..
the science fact can be changed after few research about it..
for example like darwin's theory..
we believe it at first,but right now many people prove it wrong..
but the fact that told by The Lord of Alamin through His Book,Quran,all are correct..
no one can prove that wrong..
even scientists use that for the source of their research..
for example,in the Quran mention that moon had been divided into 2..
NASA sent their astronauts to prove it..
what they found is, it's true that the moon had been divided into 2 due to the stone,matter structure of the moon..
well,dun just make ur own assumption..
get the fact that truly fact..
make ur research about science in religion..
Post a Comment