"Amboi Syuhada.. Gembiranya dia! Apa rahsianya?" sapa seorang sahabat.
"Cinta baru..." jawab saya.
"Cinta baru? Aik, dah pandai bercinta pulak sekarang? Sedang dilamun cinta la ni? Dengan siapa?"
"Dengan Allah dan Rasul-Nya la.. Siapa lagi..."
"Tapi kata tadi cinta baru??" (nada hairan)
"Iya la.. Takkan cinta pada Allah dan Rasul-Nya asyik nak pakai yang lama? Tak masyuk la camtu. Hehehe.."
Patah Tumbuh Hilang Berganti
"Mak... Baju ni dh koyak la... Macam mana nak pergi sekolah ni?" tanya seorang anak kepada ibunya.
"Yelah.. Nanti suruh abah kamu belikan yang baru petang ni", jawab ibunya.
Baju yang lama bertukar baru, seluar yang lusuh bertukar baru, fashion rambut yang lama bertukar baru, rumah lama bertukar baru, isteri lama bertukar baru (eeehhh???!!)
Manusia sememangnya makhluk yang tak pernah puas dengan apa yang sedia ada. Kesukaan pada sesuatu yang baru itu bukanlah satu fenomena luarbiasa bagi manusia. Malahan, ianya telah sebati dalam diri manusia. Benda baru kan.. memang la best!
"Ok... cuba sekarang kita amek contoh lain pulak."
"Contoh apa?"
"Kita amek 'iman' sebagai contoh..."
Iman yang lama bertukar baru. Iman itu terbitnya dari kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya juga kan? Ha! Jadilah cinta baru ^_^
Cinta Baru
Rasanya sangat lah bersyukur kerana pada Ramadhan kali ini saya terasa seolah-olah telah mendapat cinta baru. Cinta lama yang sangat usang dan lusuh dapat ditukar dengan cinta baru yang sudah lama dicari-cari. Bukan tidak ada cinta baru, tapi tak ternampak dek mata yang dikaburi dosa dan noda ini.
Proses Mendapat Cinta Baru
Hidup ini bagaikan roda. Sekejap kita di atas.. Sekejap kita di bawah. Kehidupan yang bagaikan putaran roda ini membawa juga putaran iman yang adakalanya berada di tahap yang baik, dan adakalanya di tahap yang terlalu rendah untuk dipertontonkan pada kamera Allah yang tak pernah habis bateri mahupun filem merakam setiap perbuatan kita.
Itu lah saya. Dan rasanya sesiapa juga pernah merasa perasaan yang sama. Bezanya antara kita cuma, persekitaran, sahabat, keluarga, dan pendidik. Alhamdulilah, di sekitar saya masih ada ramai insan yang sentiasa membantu dengan teguran dan nasihat-nasihat berguna. Keluarga yang sentiasa memantau tumbesaran dan perubahan sesama ahli yang lain, dan menegur jika terleka.
Jadi pada yang tiada, bagaimana?
Tugas dakwah itu kan wajib bagi setiap manusia. Jadi, pada yang ada 'Cinta Baru', mari kita gerakkan semua! (n_~)
_*berfikir dan berfikir*_
Friday, August 28, 2009
Cinta Baru
Posted by Cahaya Pejuang at 5:28 PM 4 lontaran pandangan
Labels: Tazkirah
Sunday, August 23, 2009
Uniknya Kejadian Buah Tamar
Asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s.,Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.
Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s.itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan diantara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah.
Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.
Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan ditempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
"Allah s.w.t.jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada diatas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni."
Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini,lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam."Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia,sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya.
Rasulullah s.a.w.dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.
(Kisah ini saya ambil dari e-mail yang diberikan oleh seorang sahabat. Moga ilmu yang bermanfaat ini dapat dikongsikan bersama)
_*berfikir dan berfikir*_
Posted by Cahaya Pejuang at 3:28 PM 7 lontaran pandangan
Labels: Tazkirah
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ^_^
Sudah dua hari umat Islam menunaikan ibadah berpuasa yang merupakan rukun Islam yang ke-3. oleh itu dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Mohon maaf atas segala silap yg pernah dibuat sama ada secara sengaja atau tidak.
Salam Ramadhan~
Posted by Cahaya Pejuang at 3:12 PM 0 lontaran pandangan