Ini adalah artikel yang saya ambil dari e-mail yg baru saya dapati. Beritanya lebih kurang sama tempoh dgn pemergian Michael Jackson tapi baru kini saya beroleh maklumat beserta gambar untuk dipaparkan bersama.
Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.
Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.
Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “terroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pihak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.
Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ekstrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.
Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlawan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , kerana engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …
Wednesday, July 22, 2009
Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini
Posted by Cahaya Pejuang at 9:33 PM 2 lontaran pandangan
Labels: Tazkirah
Friday, July 17, 2009
Nasi Ayam Malaysia
Sate Baung..
Mee Bandung Muar..
Nasi Kandar Penang..
Nasi Kukus Heikal..
Yang terbaru... Nasi Ayam Malaysia. Apakah??
Hari ini saya dan teman serumah semuanya dijemput datang memasak dan makan di rumah tuan rumah kami, Cikgu Noor dan kak Mah. Nak tahu keistimewaan masakan kami? Ini resepinya~
Resepi Nasi Ayam Malaysia:
1 ekor ayam yang halal dibuang bulunya dan dibersihkan.
Beberapa ulas bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia.
Sos tiram.
Tomato, timun, dan daun salad.
Sup bunjut dan rempah ratus untuk sup ayam.
Kicap masin.
Dan ada satu tambahan bahan istimewa yang menjadikan ianya Nasi Ayam yang paling sedap pernah saya makan.
Ukhwah Islamiyah.
Gabungan bahan di atas lah yang menjadikan Nasi Ayam yang kami masak sgt istimewa. Ditambah pula dengan tukang masak yang datang dari pelbagai negeri.
Nasinya nasi Terengganu...
Supnya sup Johor...
Ayamnya ayam Kedah dan Terengganu...
Saladnya salad Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur...
Kicapnya kicap Negeri Sembilan...
Sosnya sos Kuala Lumpur...
Air buah-buahannya pula dari Kelantan...
Semua menjadi tukang masak terkemuka hari ini kerana berjaya mencipta resepi baru yang sangat sukar untuk di cari di sebarangan kedai makan mahupun di rumah-rumah.
*_berfikir dan berfikir_*
Posted by Cahaya Pejuang at 10:55 PM 4 lontaran pandangan
Saturday, July 11, 2009
Antara Praktikum dan Dakwah
Pesan abah, "Cikgu ni pekerjaan yang elok untuk berdakwah. Sebab tu kena ajar elok-elok. Silap ajar nanti anak murid bawak sampai ke anak cucu. Kita kena tanggung dosa tu."
Mak pulak mesej, "Nanti dah mengajar tu, tanya-tanya la kot ada murid yang miskin. Bagi la zakat kamu tu. Kurang-kurang kamu boleh berdakwah dengan cara tu."
Sesiapa pun boleh jadi guru.
Pada saya, guru bukan lah bermaksud seorang pelajar lulusan fakulti pendidikan yang memegang sijil, diploma atau ijazah pendidikan. Tetapi guru adalah pendidik. Dan sesiapa sahaja mampu mendidik. Yang membezakan antara guru itu ialah perkara-perkara yang dididiknya.
Guru tulen dan guru palsu?
Guru tulen adalah si dia yang mendidik perkara yang bermanfaat; yang tahu membezakan perkara yang disuruh Allah dan perkara yang ditegah, yang niatnya mendidik kerana Allah, yang bukan sahaja mendidik berasaskan skema yang diberi kementerian bahkan menggunakan asas agama, yang tahu bahawa Islam itu menjadi teras dan peneraju utama setiap pekerjaan dan perbuatan, dan yang tidak pernah memisahkan antara profession perguruan dengan agamanya.
Guru palsu adalah si dia yang serba-serbi bertentangan dengan guru tulen; yang bekerja memperhambakan diri pada manusia dan wang ringgit tanpa menghiraukan soal-soal penerapan agama dalam diri pelajar.
Esok adalah hari pertama saya ke sekolah untuk memulakan proses praktikal selepas 5 tahun belajar. Mendebarkan itu semestinya. Tetapi apa yang paling menakutkan ialah didikan dan cara ajaran yang bakal saya bawa. Takut-takut lari dari jalan yang sepatutnya. Nauzubillah.
Mendidik mata pelajaran yang diberikan kementerian dan mendidik akhlak para pelajar adalah 2 perkara yang sangat penting tetapi memerlukan metodologi yang agak berbeza. Dan untuk menjalankan tanggungjawab ini sekaligus memerlukan kesabaran dan kekuatan.
Rabbi yassir wa la tu'assir ya kareem...
Semoga Allah permudahkan segala urusanku, semoga Allah permudahkan jalan dakwahku. Amin Ya Rabb~
*_berfikir dan berfikir_*
Posted by Cahaya Pejuang at 7:28 PM 2 lontaran pandangan