Rasanya masih sempat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430 buat semua umat Islam. Dah lama tak menulis di blog kerana beberapa kesukaran dan halangan yang dialami. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kelapangan untuk berdakwah menggunakan medium ini.
Bercerita tentang tahun baru Hijrah, ianya dimulakan dengan peristiwa yang pastinya membangkitkan bara di hati apabila Gaza diserang lagi secara berterusan hingga ada yang menyebabkan ratusan umat Islam terbunuh. Di sini saya sertakan sedikit maklumat tentang aktiviti Yahudi yang saya dapati:
1 Januari 1948 ? kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.
10 April 1948 ? dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.
11 Julai 1948 ? Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.
18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.
Itu hanya sebahagian sahaja. Serangan udara baru-baru ini benar-benar membuatkan saya terpana seketika. Perasaan marah, benci, semuanya meluap-luap. Walau tidak berada bersama-sama mereka tapi bak kata pepatah, cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya. Walau tidak sesakit mana, ianya satu perbuatan yang memang dikeji umat Islam yang memahami erti perjuangan ini. Oleh sebab itu, saya mengharapkan jika ada insan-insan di luar sana yang masih mengambil remeh perkara ini, endah tak endah hal saudara kita di Palestin, marilah kita bersama-sama berubah dan membantu mereka sebelum kejayaan tiba dan kesempatan untuk berjihad sudah tiada. Andaikata pahala itu boleh dihitung, maka pahala untuk jihad ini rasanya tidak terhitung dek kerana besar nilainya disisi Allah.
"Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengannya (al-Quran) dengan jihad yang besar" (Al-Furqan, 52)
Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk membantu rakyat Palestin ini. Bukan semestinya kita kesana, tetapi bantuan kita juga boleh bermula disini.
Tahun 1429H membawa saya kepada banyak perubahan dalam diri dan pengalaman-pengalaman hidup yang sangat berharga. Kesabaran dan keteguhan iman benar-benar diuji sedikit demi sedikit. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Ujian ditempuhi dengan berkat dan rahmatNya.
Buat sahabat-sahabat, doakan saya berjaya menempuh tahun ini dengan lebih baik dari yang sebelumnya. Moga perjuangan ini mampu saya teruskan dengan berbekalkan sedikit ilmu yang ada.
Wednesday, December 31, 2008
Berpindah, Berubah, Beralih Arah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 lontaran pandangan:
Assalamualaikum..
Salam maalhijrah 1430..
Semoga Allah memberi kekuatan iman yang teguh, sentiasa dirahmat dan diredhai oleh Allah dalam menempuh hari2 yang akan datang kepada kita sekeluarga dan seluruh umat Islam..sesungguhnya janji Allah itu benar, sesiapa yang sentiasa meminta dan memohon petunjuk daripadaNYA, insyaAllah Allah sentiasa berada di sisi hambaNYA..
Sama-samalah kita berdoa semoga umat Islam di Palestin diberi kekuatan dan kejayaan dalam menentang cengkaman Israel..Aminn
Post a Comment