Pengertian Poligami
Poligami bermaksud mengahwini lebih dari seorang pasangan samada lelaki mahupun wanita. Pengertian yang diperolehi dari Dr. Sidi Ghazalba pula ialah perkahwinan antara seorang lelaki dengan lebih dari seorang perempuan. LAWAN bagi poligami adalah POLIANDRI iaitu perkahwinan antara seorang perempuan dengan lebih dari seorang lelaki.
Seluruh dunia memahami akan pengertian poligami tetapi, bukan semua menerima poligami dengan positif. Dunia Barat telah lama mempamerkan penolakan mereka terhadap poligami terutamanya warganegara Britain di mana undang-undang tentang isu rumah tangga menyebut jika seorang warganegara Britain menjalankan poligami, maka dengan sendirinya dia disabit atas kesalahan 'bigamy'.
Poligami di Malaysia
Oleh kerana majoriti penduduk Malaysia beragama Islam, poligami bukanlah satu isu yang besar kerana ia dibolehkan di dalam undang-undang. TIDAK menjadi satu kesalahan bagi seorang lelaki untuk mengahwini lebih dari seorang wanita dalam satu masa kerana Islam itu sendiri membenarkan.
TETAPI, perlu diingat bahawa bukan semua rakyat Malaysia menerima poligami dengan baik. Bukanlah membenci tetapi poligami dipandang serong oleh masyarakat kerana CARA berpoligami itu telah "disalah guna" dan disalah erti oleh SEGELINTIR kaum lelaki.
Hikmah Berpoligami
Antara hikmah berpoligami itu adalah untuk memberi keadilan pada wanita yang lebih memerlukan perlindungan seorang lelaki - baik dari segi sosial mahupun kebajikan.Begitu juga sebaliknya dimana poligami turut memberi keadilan pada lelaki yang mempunyai isteri yang tidak lagi mampu memenuhi keperluannya sebagai seorang suami. Disebabkan itulah perlunya untuk lelaki memahami erti sebenar poligami. Bukan hanya memahami KULITnya sahaja iaitu MENAMBAH seorang lagi isteri.
Siapakah wanita yang berhak untuk dikahwini sebagai isteri yang kedua, ketiga, dan keempat?
Mereka adalah wanita-wanita yang sangat perlu untuk dilindungi seperti janda yang mempunyai anak dan tidak mampu untuk menyara kesemua anaknya seorang diri, anak yatim piatu, wanita yang mandul dan tidak mungkin dinikahi mana-mana lelaki bujang, dan pelbagai lagi kes wanita yang lebih memerlukan suami disisi, biarpun hanya sebagai isteri "tambahan".
Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apabila isteri pertama dirasakan sudah tidak lagi "berfungsi" untuk menyenangkan hati dan membuahkan "keseronokan" atau tiada lagi persefahaman, maka pengganti perlu dicari. Siapa kata TIDAK boleh? Boleh..tetapi biarlah pilihan wanita itu tidak berasaskan NAFSU, tetapi AGAMA.
Memetik ayat dari hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
Hari ini, lelaki lebih memilih wanita yang lebih muda dari isteri pertama, lebih cantik, lebih manja, lebih genit, dan lebih gebu. Alangkah baiknya jika pilihan kedua, ketiga, dan keempat itu lebih BERAKHLAK, lebih RAJIN beribadat, lebih TERTUTUP auratnya, dan lebih MULIA agamanya walaupun KURANG pada paras rupanya agar keluarga, isteri, dan anak-anak lebih terarah ke jalan syurga.
Habis madu sepah dibuang.
Ingatlah ayat dari surah an-Nisa' ayat ke-3 ini,
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Poligami Rasulullah
Mari kita ambil contoh bagaimana Rasulullah berpoligami. Poligami Rasulullah bermula setelah baginda kematian isterinya yang tercinta iaitu Khadijah r.a. Rasulullah kemudiannya berkahwin dengan Sawdah binti Zam'ah, wanita yang sudah berusia, demi melindungi Sawdah yang kematian suaminya. Usia Sawdah pada ketika itu ialah 66 tahun.
Dari sudut sosial pula, Rasulullah S.A.W. berkahwin dengan Aisyah r.a. dan Hafsah r.a. atas dasar menghargai orang tua mereka yang sangat membantu baginda iaitu Abu Bakar al-Siddiq r.a. dan Umar al-Khattab r.a. Begitu juga dengan perkahwinan antara Rasulullah dengan Ummu Salamah yang turut serta dalam penghijrahan ke Habsyah dan Madinah. Oleh kerana anak-anak Ummu Salamah masih kecil, jadi mereka memerlukan pembelaan dan didikan dari seorang bapa.
Selain itu, poligami Rasulullah S.A.W. juga ada kaitannya dengan politik dan dakwah. Contohnya, selain memiliki sifat terpuji, Ummu Salamah juga adalah dari kalangan orang kenamaan. Rasulullah mengahwininya untuk menguatkan ikatan kasih sayang antara kerabat dan kabilah isteri-isterinya supaya mereka turut sama memeluk Islam.
Begitulah hebatnya, adilnya, dan cantiknya poligami Rasulullah.
Nasihat Untuk Para Suami
Berhati-hati wahai lelaki yang bergelar suami.. SILAP LANGKAHMU MAKA CACATLAH AGAMAMU, dan musnahlah gelaranmu sebagai da'ie yang terhormat.
Hanya kerana memilih calon isteri kedua yang SALAH, ia bukan hanya mencetuskan keMARAHan pada isteri pertama, tetapi juga mencipta satu fenomena di mana isteri-isteri pertama yang sudah mula dimamah usia menjadi FOBIA melihat wanita-wanita muda. Maka akhirnya, tercetuslah satu pandangan negatif bukan sahaja pada wanita muda, tetapi juga ada segelintir isteri yang amat mudah berasa curiga pada suami. Seterusnya, ia menjadi PENYEBAB kepada penolakan poligami bagi kebanyakkan wanita.
Bukan isteri sengaja memilih, tetapi kerana perbuatan segelintir para suami yang menjadi fitnah pada pemahaman poligami yang sebenar.
Duhai para suami.. ingatlah ayat ini
Isterimu tidak akan berasa hati jika dirimu mengikut jalan Allah yang sebenar-benarnya. Didiklah isterimu agar dia mencintai Allah dan Rasul melebihi dirimu. Dengan cara itu duhai para suami, barulah adil jika kamu menyalahkannya andai dia masih tidak mahu mengikuti apa yang benar. Janganlah dibiarkan si isteri termangu tanpa mengetahui kesalahan yang telah dilakukan dan tanpa dididik terlebih dahulu.
Duhai para suami..isterimu dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Hanya dikaulah yang mampu memegang tulang itu menjadi lurus. Dan bukanlah mudah baginya untuk dilenturkan kerana kesabaran seorang lelaki, seorang ketua keluarga, seorang da'ie, amat diperlukan isteri..
*_berfikir dan berfikir_*
Thursday, September 27, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 lontaran pandangan:
1. "Bukan semua rakyat Malaysia menerima poligami dengan baik" - Memanglah, saya tidak pernah berjumpa seorang wanita di Malaysia yang rela bermadu. Tak perlulah sebut pasal "segelintir lelaki" pun, sebab purata poligami yang Berjaya adalah lebih banyak dari yang gagal dan selalu dijadikan bahan takut-takutan.
2. Tidak ada "salah erti" di sini. Hak nikah dan talak hanyalah pada seorang lelaki. Hal seorang wanita dalam berumahtangga hanyalah kepada suaminya. Jika ada sebarang masalah, boleh rujuk ke pejabat agama. Kalau suami hendak berpoligami, rujuklah juga ke pejabat agama seperti yang diSyariatkan. Bukannya dengan minta cerai. Jangan jadi isteri yang derhaka.
3. Seorang lelaki boleh berpoligami dengan apa-apa sebab sekalipun, tidak menjadi masalah. Walhal Nabi pun mempunyai masalah-masalah keluarga. Kita ni bukan nabi, isteri yang kita kahwini pun bukannya yang jenis mengikut sunnah, si lelaki pun sama, sudah tentu masalahnya adalah lebih. Ini situasi normal. So read number 2 above.
4. Ayat yang puan quote tu ada sambungannya lagi. Ayat sambungan mengatakan bahawa tiada seorang lelaki pun yang akan dapat berlaku adil, buatlah apa sekalipun. Ayat itu lantas menceritakan bahawa seorang lelaki itu at a minimum janganlah condong sangat atau berlebihan kepada mana-mana isterinya. Ini pun lelakilah itu yang kena bijaksana. Tanggungjawab isteri adalah untuk membantu agar suami lebih dapat Berjaya dan keluarga harmoni, tetapi rata-rata wanita hanya mahu menyusahkan suaminya atau menghancurkan apa yang sedia ada. Janganlah jadi isteri yang derhaka. Apa pun situasi suamimu, jalankanlah tanggungjawab mu. Ingatlah bahwa kamu itu 90% perasaan. Jadi kawallah perasaaan mu.
Poligami bukan satu jalan penyelesaian masalah tetapi satu jalan menambah skala keturunan dan empayar kekeluargaan.
Post a Comment