1) Niat yang ikhlas.
* Belajar semata-mata untuk mengenal Allah dan mengetahui cara menghambakan diri kepadaNya dengan sempurna dalam seluruh kehidupan.
* Bersih daripada sifat-sifat mazmumah (yang dibenci) seperti riya', sum'ah, ujub, takabbur, ingin berhujjah atau mengejar dunia dengan ilmu yang dipelajari.
2) Berdoa sebelum memulakan pengajian. (Samada berjemaah atau bersendirian)
3) Memutuskan segala perkara di dalam fikiran yang menghilangkan tumpuan.
4) Menjaga adab-adab berada di dalam majlis ilmu.
* Memberi perhatian terhadap ilmu yang disampaikan dan tidak memotong penjelasan guru. Sekiranya ada persoalan, catitkan, kemudian bertanya hanya apabila ruang dibuka.
* Tidak mengganggu majlis seperti bercakap-cakap (handphone atau teman di sebelah) atau bersalaman ketika pengajian sedang berlangsung.
* Cara duduk yang beradab. Memberi ruang kepada pelajar lain.
* Elakkan mendesak guru dengan sesuatu dan elakkan menyebut nama guru/ulama' yang lain dalam menyatakan pandangan. Jangan cuba mendahului guru dalam memberi jawapan, kecuali diminta.
5) Menjauhkan diri daripada ta'sub kepada guru atau aliran tertentu.
6) Mencatit ilmu yang diajar.
7) Hadir sebelum guru tiba dan memanfaatkan masa sebelum kehadirannya (dengan melihat pelajaran yang bakal diajar @ zikrullah @ perbincangan dengan teman-teman sepengajian)
8) Beramal dengan ilmu yang dipelajari. Masing-masing tahu berapa banyak yang telah diamalkan daripada apa yang dipelajarinya. Muhasabahlah.
9) Zakat ilmu, sampaikanlah...walaupun satu ayat.
Tazkirah ini diambil dari nota Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus pada kuliah subuh beliau di Surau Al-Mutmainnah, Pandan Perdana.
*_berfikir dan berfikir_*
Friday, December 18, 2009
Pesanan Buat Penuntut Ilmu.
Posted by Cahaya Pejuang at 2:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 lontaran pandangan:
Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim
Assalamualaikum w.b.t.
Salam Ziarah..
Salam ukhwah..
ermm..pesanan dan nasihat yg baik..
apapun terima kasih coz berkongsi
maklumat dan penyampaian ilmu
seperti ini..
semoga ukhti dan kita semua dipermudahkan Allah didalam segala urusan didunia dan diakhirat..
selamat maju jaya..
Salam perjuangan..
waalaikumussalam w.b.t.
salam juga buat saudara haniff.
sekadar perkongsian dr tazkirah ust norhisyam :) apa2 yg bermanfaat dikongsi bersama.
moga doa yg baik dimakbulkn Allah.amin~
Salam Ziarah dan Salam Perjuangan.
Usaha yg baik bg memantapkan peribadi muslim. Semoga keikhlasan ukhti utk brkongsi ilmu mndapat barokah dr Allah swt.
InsyaAllah...
Post a Comment