Setibanya saya di rumah kemarin, saya terus ke ruangan dapur. Memang menjadi kebiasaan bagi saya apabila pulang ke rumah kerana dapur merupakan tempat chit-chat saya dan bonda. Kami serng bertukar-tukar pendapat, berkongsi masalah, berbual tentang isu-isu semasa dan agama. Yang 'hebatnya'...kami mampu duduk berbual panjang hingga ke tengah malam. Tetapi semestinya, tugasan rumah tidak diabaikan. Bagi saya, bonda sangat istimewa. Setiap perkara yang kami bualkan mesti dikaitkan dengan agama.
Segalanya indah jika dilakukan kerana Allah.
Terasa rindu mengamit hati pabila rumah sudah lama tak dikunjungi. Itulah kuatnya ikatan antara saya dan bonda. Mungkin juga kerana berada pada kedudukan 'sulung' dalam adik-beradik menjadikan saya tempat bonda menumpah segala tanggungjawab keluarga.
Dilema PPSMI
Berita terhangat di pasaran. Bagaikan pisang goreng panas, semua akhbar berebut untuk memuatkan berita-berita terbaru tentang isu PPSMI. Pelbagai lontaran rasa ketidakpuasan hati dan idea dihujahkan kepada Kementerian Pendidikan berkaitan isu ini. Persoalan saya...sejauh manakah kewajaran PPSMI ini dilaksanakan lagi? Adakah ianya BENAR-BENAR berkesan?
Yang Pintar Semakin Pintar, Yang Ketinggalan Semakin Ketinggalan
A : Ai...tak faham betul la... Mak A pn pening sebab sekolah dia budak-budak dapat 20% pun dah A. Dah la budak kelas last plak tu. Tak ke heran tu namanya...
Saya : Ntah ler A... Adik saya yang minat sains pun dah jadi tak minat. Bahasa Inggeris dia pun takde la bertambah baik takat mana. Itu tara budak bandar tu. Budak kampung?? Habis...
Bagi saya, saya tak la kisah sangat kalau diajar subjek matematik dan sains dalam bahasa Inggeris kerana dilahirkan di KL, membesar, dan bersekolah di sekolah KL membuatkan saya sangat terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris apatah lagi saya dahulunya bersekolah di salah sebuah sekolah elit di bandar KL.
Menjadi salah seorang pelajar TESL, saya bukan sahaja didedahkan kepada pelbagai isu penguasaan bahasa Inggeris tetapi juga berkesempatan untuk mengalami dan melihat sendiri serta menjalankan program dengan pelajar-pelajar di luar bandar terutamanya di kawasan pedalaman. Terkejut saya bila mendapati pelajar-pelajar di sekolah sekitar kawasan BANDAR Gua Musang tidak tahu menyanyikan lagu 'Baa Baa Black Sheep'! Itu yang di kawasan BANDARnya. Di ceruk-ceruk felda dan ladang sana bagaimana?
Baru tadi sahaja saya menonton Buletin 1.30 di TV3. Mereka memaparkan keratan-keratan akhbar berkenaan pendapat orang ramai tentang isu ini. Antaranya merupakan pendapat dari pelajar sekolah di Ampang dan sekolah VI yang mana menyokong perlaksanaan PPSMI tersebut. Artikel dari pelajar kampung dimana? Semestinya pelajar yang bersekolah di bandar tidak keberatan kerana sedikit sebanyak mereka sudah punyai penguasaan dan kemudahan untuk mencari maklumat. Tetapi kesian la budak-budak kampung ni... Sudah lah kurang pintar dengan bahasa Inggeris. Bila ditambah bebanan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, apa lagi yang mereka ada?
Semester lepas ada beberapa pensyarah UiTM dan beberapa universiti lain yang diarahkan untuk menjalankan penyelidikan tentang PPSMI yang membawa kepada penyusulan cadangan-cadangan yang mana saya lihat kesemuanya menjurus kepada kemenangan PPSMI. Yang hairannya, salah seorang pensyarah saya ada memberitahu, PPSMI ni sebenarnya adalah kegagalan eksperimen Kementerian Pendidikan. Jadi, kenapa harus dilaksanakan lagi?
Kreshen's Monitor Model
Acquisition occurs when one is exposed to language that is comprehensible and contains i + 1.
i = existing knowledge or previous knowledge that have been taught.
1 = the addition to the existing knowledge
Isu berkaitan : Sains + Matematik = 2 portions
English : Listening + Speaking + Reading + Writing + Literature + Grammar = 6 portions
Kesimpulan : i + (6 + 2) = i + 8
Is this relevant to the theory? NO
Albert Einstein suffered from Dyslexia
Dyslexia is a learning disability that manifest itself primarily as a difficult with written language, particularly with reading. (Wikipedia)
Rasanya ramai yang tau Pakcik Einstein ni merupakan seorang genius yang terkemuka. Teori-teorinya diguna pakai sampai ke hari ini. Beliau merupakan seorang yang genius tetapi pada hakikatnya beliau mempunyai penyakit dyslexia.
Ada sesetengah orang mengatakan bahawa PPSMI akan memudahkan pembelajaran subjek Matematik dan Sains di IPT nanti kerana bahan rujukan kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris. Soalan saya: Adakah bahasa Inggeris dan bahasa Sains atau Matematik itu sama? TIDAK.
Anda tahu apa makna sessa??
Cuba cari di dalam kamus, atau taip sahaja di dalam Google perkataan ini. Anda tak akan menjumpai maknanya kerana ianya bukan bahasa yang diguna pakai dalam mana-mana subjek kecuali bahasa Inggeris. Hanya pelajar TESL sahaja yang tahu. Kenapa?? Kerana ianya merupakan bahasa untuk bidang bahasa, iaitu bahasa Shakespeare yang boleh anda jumpai di dalam buku 'King Lear'. 'Sessa' maknanya sama dengan 'Quiet'.
Jadi, setiap subjek ada istilah-istilahnya sendiri dan ini yang menjadi pucuk pangkal kefahaman sesorang itu dalam subjek tersebut.
Teacher : You know, i think students nowadays behave immorally due to the lack of discipline. Sometimes i think this issue is somehow related to Critical Period Hypothesis.
Doctor : (What the heck is the hypothesis was she talking about?) Probably they got some problem with the amygdala in the domain of emotion and the lateral prefrontal cortex. Haha!
Teacher : (i don't get the joke...)
*Dialog ini rekaan saya semata-mata untuk menunjukkan ketidaksamaan dan perbandingan istilah dalam subjek yang berlainan. Walaupun kedua-duanya menggunakan bahasa pengantar yang sama iaitu bahasa Inggeris, tetapi masih tidak dapat saling memahami mesej yang disampaikan.
English is English itself
Matlamat utama perlaksanaan PPSMI adalah untuk menaik taraf penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia. Oleh itu, apa kaitannya dengan Sains dan Matematik?
Untuk resepi ayam masak merah, adakah bahan utamanya ikan atau udang? Semestinya ayam bukan? Jadi resepi untuk penguasaan bahasa Inggeris, adakah perlu mengutamakan teori-teori lain? Seharusnya teori-teori bahasa yang diutamakan. Jadi, saya masih belum nampak perkaitannya PPSMI dengan mana-mana teori bahasa.
Kesimpulannya, hala tuju bahasa Inggeris hendaklah diutamakan berpaksikan subjek itu sendiri dan tidak perlu dimasukkan dengan subjek-subjek yang lain. Para pelajar akan mengalami kekeliruan dan ini semestinya akan memburukkan lagi keadaan. Sememangnya ada kebaikan tetapi jika peratusannya kurang dari 50%, apakah ini dikira kejayaan? Oleh itu, subjek bahasa Inggeris itu sendiri yang harus diperteguhkan dan diperbaharui metodologi pengajarannya. Bukan Sains dan Matematik.
Pepatah Melayu ada mengatakan, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Inilah realiti yang berlaku sebenarnya pada PPSMI.
_*berfikir dan berfikir*_
Sunday, March 8, 2009
Dilema PPSMI +Teori Bahasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 lontaran pandangan:
Wah, idea yg bernas! aku setuju!
mekaseh2..
tp itu pandangan peribadi..mgkin ada org yg punyai pandangan yg berbeza..jd suka la kiranya ada yg blg bg pandangan n feedback lg (^_^)
Post a Comment