1 hari - 4 tahun
"Alalala comelnya dia... Bila nak berjalan ni? Cepat besar, nanti boleh tolong mak."
5 tahun - 6 tahun
"Jangan nakal-nakal kat sekolah tau. Malam nanti abah nak tgk Ada mengaji mukasurat baru."
7 tahun - 12 tahun
"Nah, bekal makanan. Nanti duit belanja mintak kat abah. Kerja sekolah dh siap belum?"
"Ha cepat. Abah nak tengok Ada solat macam mana. Dah hafal doa qunut belum?"
"Mak... takut la nak UPSR. Mak doakan Ada ek."
13 tahun - 15 tahun
"Mak, Ada nak beraya rumah kawan boleh? Dekat-dekat sini jer..."
"Keputusan periksa hari tu camne? Dah bagi abah report card?"
"Mak... Abah... Ada dpt masuk MRSM!"
16 tahun - 17 tahun
"Duduk asrama tu elok-elok. Jangan bercinta-cinta ni. Belajar rajin-rajin..."
"SPM dh dekat... Mintak tolong banyak-banyak dengan Allah. Mana tau nak jadi rezeki kamu dapat ambil Medic."
18 tahun - 20 tahun
"Alhamdulillah... Tak dapat Medic nak buat cmna. Allah dah tentukan aku jadi cikgu. Mungkin ada hikmahnya..."
21 tahun - 22 tahun
"Mak... Abah... Apa pendapat mak kalau Ada kata nak kahwin? Ada tak nak bercinta tak tentu hala macam orang lain."
"Jodoh itu di tangan Allah. Dia nak ambil balik sesiapa pada bila-bila masa, itu hak Dia. Mungkin ada yang lebih baik tersedia untuk kita jika kita bersabar..."
23 tahun - ????
Dialognya belum ada kerana baru sehari hidup dengan umur yang baru, diberi kenikmatan menghirup udara Allah, diberi kekuatan untuk terus berjuang di Bumi Allah, diberi kesegaran dan nafas baru untuk memulakan langkah kehidupan.
Abah pernah berkata kepada kami adik-beradik, umur yang panjang tidak semestinya baik dan umur yang pendek tidak semestinya rugi. Yang penting, keberkatan dalam usia itu yang menjadi titik perhitungan. Moga emak, abah, dan seluruh keturunan kami diberkati Allah. Amin...
Menjadi seorang gadis berusia 23 tahun bukan sesuatu yang dilihat mudah. Cabaran dunia semakin mengasak dan pegangan hidup perlu diperkukuhkan agar iman tidak goyah dipermainkan. Pekerjaan, perkahwinan, masa depan... Semuanya menjadi persoalan-persoalan yang masih belum mampu dijawab. Ahli keluarga besar sudah mula bertanya-tanya, siapakah insan yang sudah bertahta di hati untuk dijadikan pasangan hidup. Rasanya masih belum mampu untuk menjawab. Ianya satu soalan yang berat yang entah bila akan ada jawapannya. Hanya usaha dan doa yang mampu disertakan dengan tawakal kepada Allah. Moga bertemu dengan insan yang cintanya yang paling utama adalah kepada Yang Esa.
Sahabat-sahabat, doakan umur ini diberkati. Moga diri ini istiqamah dalam perjuangan membela agama tercinta. Moga hati ini dibalut selimut ketakwaan yang menjadi pengubat duka lara dunia. Moga tubuh yang lemah ini mampu bekerja untuk simpanan di akhirat sana. Moga cabaran dan dugaan mematangkan pemikiran dan bukan memusnahkan diri. Moga hidupku dan matiku dalam Islam, syahid di jalan Allah.
P/S: Terima kasih yang tak terhingga untuk Nurus, Fasihah, Zarif, Huda, Aini, Adilah, Khomsiah, dan Azim untuk sambutan yang diberi. Terharu... Sangat-sangat terharu. Tambahan pula ini semester terakhir di UiTM. Last night was really a night to remember (",) Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Ummu dan Farahani atas hadiah yang diberi. Cantik... Macam orang yang memberinya (^_^) Dan terima kasih juga buat semua teman, junior-junior yang mengingati hari tuaku semalam. Juga buat teman-teman di Brunei yang mendoakan dari jauh (UBD best!). Moga persahabatan kita ini diberkati Allah dan berkekalan hendaknya. Amin...

2 lontaran pandangan:
salam..kak syu..
hehe..
kami memang adik-adik yang baik..yang setia..hehe
anyway,selamat ulangtahun..moga cepat matang!! hehe..oPS :P
Assalamualaikum..
Selamat hari lahir buat adik ni hehehe..
Umur dah semakin bertambah bermakna tanggungjwb berat juga perlu digalas..bukan hanya sebagai pelajar, sebagai anak bahkan juga sebagai umat Rasulullah dan hamba Allah S.W.T. Alhamdulillah..kerana Allah memberi peluang sehingga ke hari ini, untuk terus melihat alam ciptaan Allah..:)
Ini juga bermakna umur Kak Yuyu juga dah bertambah lebih 3 tahun daripada Ada..hehehe:)
Pesanan Kak Yuyu..cintailah Allah dengan sepenuh hati..insyaAllah akan mendorong perhambaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah Azzawajalla..
Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 31, yang bermaksud;
"Katakanlah jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
Setiap orang beriman, apa jua yang dicintainya mestilah hanya cintanya kpd Allah.. Juga cintanya kpd sesuatu yang membawanya mencintai Allah. Jika cinta itu, hanya disebabkan drpd dorongan hati, maka cinta itu bukan untuk mendapat keredhaan Allah...Cinta dan kasih itu hanya kepada Allah..insyaAllah..dengan berkat doa, kita akan bertemu cinta sesuatu yang membawa kita mencintai Allah sepenuh hati ..insyaAllah..;)
Selamat menghitung Usia..:)
Post a Comment