Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, August 28, 2009

Cinta Baru

"Amboi Syuhada.. Gembiranya dia! Apa rahsianya?" sapa seorang sahabat.

"Cinta baru..." jawab saya.

"Cinta baru? Aik, dah pandai bercinta pulak sekarang? Sedang dilamun cinta la ni? Dengan siapa?"

"Dengan Allah dan Rasul-Nya la.. Siapa lagi..."

"Tapi kata tadi cinta baru??" (nada hairan)

"Iya la.. Takkan cinta pada Allah dan Rasul-Nya asyik nak pakai yang lama? Tak masyuk la camtu. Hehehe.."

Patah Tumbuh Hilang Berganti

"Mak... Baju ni dh koyak la... Macam mana nak pergi sekolah ni?" tanya seorang anak kepada ibunya.

"Yelah.. Nanti suruh abah kamu belikan yang baru petang ni", jawab ibunya.

Baju yang lama bertukar baru, seluar yang lusuh bertukar baru, fashion rambut yang lama bertukar baru, rumah lama bertukar baru, isteri lama bertukar baru (eeehhh???!!)
Manusia sememangnya makhluk yang tak pernah puas dengan apa yang sedia ada. Kesukaan pada sesuatu yang baru itu bukanlah satu fenomena luarbiasa bagi manusia. Malahan, ianya telah sebati dalam diri manusia. Benda baru kan.. memang la best!

"Ok... cuba sekarang kita amek contoh lain pulak."

"Contoh apa?"

"Kita amek 'iman' sebagai contoh..."

Iman yang lama bertukar baru. Iman itu terbitnya dari kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya juga kan? Ha! Jadilah cinta baru ^_^

Cinta Baru

Rasanya sangat lah bersyukur kerana pada Ramadhan kali ini saya terasa seolah-olah telah mendapat cinta baru. Cinta lama yang sangat usang dan lusuh dapat ditukar dengan cinta baru yang sudah lama dicari-cari. Bukan tidak ada cinta baru, tapi tak ternampak dek mata yang dikaburi dosa dan noda ini.

Proses Mendapat Cinta Baru



Hidup ini bagaikan roda. Sekejap kita di atas.. Sekejap kita di bawah. Kehidupan yang bagaikan putaran roda ini membawa juga putaran iman yang adakalanya berada di tahap yang baik, dan adakalanya di tahap yang terlalu rendah untuk dipertontonkan pada kamera Allah yang tak pernah habis bateri mahupun filem merakam setiap perbuatan kita.

Itu lah saya. Dan rasanya sesiapa juga pernah merasa perasaan yang sama. Bezanya antara kita cuma, persekitaran, sahabat, keluarga, dan pendidik. Alhamdulilah, di sekitar saya masih ada ramai insan yang sentiasa membantu dengan teguran dan nasihat-nasihat berguna. Keluarga yang sentiasa memantau tumbesaran dan perubahan sesama ahli yang lain, dan menegur jika terleka.

Jadi pada yang tiada, bagaimana?

Tugas dakwah itu kan wajib bagi setiap manusia. Jadi, pada yang ada 'Cinta Baru', mari kita gerakkan semua! (n_~)

_*berfikir dan berfikir*_

Sunday, August 23, 2009

Uniknya Kejadian Buah Tamar

Asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s.,Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s.itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan diantara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah.

Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.


Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan ditempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.


"Allah s.w.t.jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada diatas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni."


Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini,lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu
jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam."Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia,sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya.

Rasulullah s.a.w.dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.


(Kisah ini saya ambil dari e-mail yang diberikan oleh seorang sahabat. Moga ilmu yang bermanfaat ini dapat dikongsikan bersama)



_*berfikir dan berfikir*_

Wednesday, July 22, 2009

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini

Ini adalah artikel yang saya ambil dari e-mail yg baru saya dapati. Beritanya lebih kurang sama tempoh dgn pemergian Michael Jackson tapi baru kini saya beroleh maklumat beserta gambar untuk dipaparkan bersama.


Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.



Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Al
ex W yang kerap menyebutnya “terroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pihak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.



Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ekstrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan
Pahlawan Jilbab. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , kerana engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

Tuesday, June 9, 2009

Ketulusan Cinta Seorang Lelaki

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.


Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari
kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.


Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua keduanya masih belum melihat rupa masing- masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.


Sehingga suatu hari, si jejaka di ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.

Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergilah jejaka ke
medan perang setelah mengutuskan surat itu...


Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan.

Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi
dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah...

Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka
terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium
tangannya.

Si gadis itu tersenyum dan terus bersuara.."Kamu memang seorang jejaka yang baik. Kamu sanggup menerima ku yang tak sempurna ni menjadi temanmu. Tapi malangnya bukan aku gadis yang kamu cari sebenarnya ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina...Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...


"NaFsU mEniLai WaNitA kErNa KeCaNtIkAn PaRaS RuPaNyE...
AkaL MeNiLai WaNitA KerNa keCeRdiKaN & kEpaNdaIaNnYe..
hAtI MeNiLaI WaNitA kErNa iMaN & aMaLnYe.."


_*berfikir dan berfikir*_

Saturday, April 4, 2009

Cabaran Bersangka Baik (husnuzzhon)

Situasi 1:
Apabila anda ternampak seseorang membuang plastik sampah di dalam longkang, adakah anda akan bersangka baik dengannya? - tidak

Situasi 2:
Seorang lelaki yang tidak dikenali cuba memasuki rumah jiran anda. Adakah anda akan bersangka baik dengannya? - tidak

Terlalu melampaukah analogi yang cuba diberi? Tetapi siapa tahu, orang dalam situasi 1 tidak berniat membuang plastik sampah merata, cuma tanpa disedari, plastiknya melayang diterbangkan angin ke dalam longkang. Dan siapa tahu, lelaki yang cuba memasuki rumah jiran anda hanyalah berniat untuk mengambil layang-layang anaknya yang diterbangkan masuk ke laman rumah jiran anda.

Saya tidak pandai beranalogi.

Cumanya, itu sekadar pendahuluan kepada apa yang cuba disampaikan. Cabarannya untuk bersangka baik. Kepada siapa? Bersangka baik kepada Allah dan juga sesama manusia.

Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..hebat!

Apa yang dikatakan bersangka baik kepada Allah?

Kisah Tembikai


Saya nak ceritakan satu kisah antara si isteri, suami, dan 3 biji tembikai.
Satu hari, si suami pulang dari kerja dengan membawa 3 biji tembikai yang dibelinya. Dengan hati yang gembira, si suami segera menyuruh isterinya membelah sebiji tembikai. Akan tetapi, tembikai pertama itu tidak manis.

Lalu si suami menyuruh si isteri membelah tembikai kedua pula. Kali ini, tembikai yang dibelah tidak cukup masak. Si suami yang dari tadi menunggu dengan sabar terus menggesa isterinya membelah tembikai yang ketiga.

Jeng...Jeng...Jeng...

Tembikai yang ketiga itu pula busuk isinya...
Dengan hati yang membara, si suami terus menendang dinding rumah mereka sambil meradang, "Kenapa semua tembikai ni busuk?! Tadi saya cuba rasa sebelum beli OK jer! Ni mesti apek tu tipu saya! Nak kene apek ni... Siap kau!"

Dengan nada selamber tapi sopan, si isteri berkata, "Abang...Abang marah kat siapa ni?"

"Awak tak boleh teka ke? Mesti la saya marah kat apek jual tembikai ni! Bengang betul saya!" balas si suami.

"Owh...Abang marah dekat Allah yer?" sahut si isterinya lagi.

Terkejut mendengar kata-kata si isteri, si suami berkata lagi, "Eh eh isteri aku ni... Awak sakit telinga ke? Bila masa pulak saya marah kat Allah ni? Ada awak dengar saya kata macam tu?"

Sambil tersenyum si isteri menjawab, "Abang...mana apek tu dapat tembikai?"

Suami: "Dari petani la!"

Isteri: "Dari mana petani tu dapat tembikai pulak bang?"

Suami: "Mestilah dia tanam! Takkan tu pun nak bagitau."

Isteri: "Macam mana dia tanam bang?"

Suami: "Dia pakai benih tembikai la. Takkan benih jagung!"

Isteri: Dalam hati (Kerek jugak suami aku ni). "Siapa yang buat benih tembikai tu bang?"

Suami: "Mestilah Allah yang ciptakan."

Isteri: "Jadi...Betullah abang marahkan Allah yer? Abang nak marah apek, dia cuma menjual tembikai sahaja. Abang nak marahkan petani, dia cuma menanamnya aja. Jadi, abang sebenarnya marahkan Allah kerana Dia yang menciptakannya."

Suami: (Terdiam)

**Kita sering mencela makanan yang kita dapati, ujian yang kita tempuhi, dan cabaran yang kita hadapi...tanpa memikirkan dari mana datangnya semua itu. Sememangnya sebagai manusia biasa, kita sering terlupa. Tapi ingatlah, dari Allah datangnya semua ini, dan kepada Allah jugalah kita perlu bersangka baik. Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Cuba lah cari hikmahnya. Moga kita akan berlega hati dengan ketentuan yang diberiNya.

Cabaran Bersangka Baik

Untuk bersangka baik terhadap sesuatu perkara bukan mudah. Adakalanya apabila ditimpa sesuatu ujian, kita cepat melatah. Marah menjadi perkara utama dan kadangkala tidak kena pada tempatnya.

Dalam menghadapi sesuatu perkara, hendaklah didahulukan bersangka baik (Husnuzzhon) kerana firman Allah dalam surah al-Hujuurat ayat 12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain."

Ayat ini antaranya menceritakan perihal bersangka buruk yang boleh membawa kepada fitnah dan mengumpat. Susah untuk bersangka baik? Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mendahulukan bersangka baik ialah:

> membayangkan jika kita berada di tempat orang yang difitnah atau diumpat. Macam mana agaknya perasaan kita?
> beranggapan bahawa lebih baik melihat dosa dan kekurangan diri yang perlu diislahkan. Bagaimana la keadaan kita di akhirat kelak?

Daripada Muawiyah r.a berkata: "Aku mendengar Rasulullah bersabda":
"Jika kamu mencari keburukkan orang, maka kamu telah merosakkannya."

Hadis itu bermaksud memberitahu kita bahawa apabila kita bersangka buruk terhadap orang lain, maka kita dengan tidak semena-mena akan terdorong untuk mencari keburukkan orang tersebut.

p/s: Muhasabah diri amat penting untuk kita menilai dan memperbaiki diri. Smoga ada manfaat yang boleh diambil dari post kali ini. Untuk pembaca dan diri saya sendiri. Saya bukan seorang yang sempurna, bukan seorang insan yang baik. Tapi saya seorang insan yang sentiasa cuba untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik.

_*berfikir dan berfikir*_

Sunday, March 29, 2009

Ironik Disebalik 60 Earth Hour


Saya jadi tertarik dengan kempen "60 Earth Hour" yang berlangsung semalam. Ada beberapa perkara yang boleh dipelajari dari kempen ini.
















Ini adalah beberapa gambar yang saya ambil dari internet yang menggambarkan suasana malam semalam ketika dunia cuba "menggelap" diri buat sementara waktu. Apa yang menarik perhatian ialah bagaimana hebatnya peranan media dalam menjayakan kempen ini. Apa tidaknya, semua media dari seluruh dunia memaparkan kempen ini di kaca TV, di ruangan radio, akhbar, majalah, internet, dan pelbagai lagi.

Alangkah indahnya jika kempen-kempen Islamik dapat dibuat sedemikian rupa.

Hakikatnya tidak. Jangan harap nak berlaku. Mimpilah~
Inilah realiti.
Kita berasa gah dengan kempen untuk menyelamatkan dunia tetapi tidak kepada kempen untuk menyelamatkan manusia. Dunia terselamat, kita bagaimana?

Bukanlah ingin menidakkan kepentingan kempen "60 Earth Hour" ini. Cuma ada sesuatu yang kita perlu fikirkan. Yang tersirat disebalik yang tersurat.

_*berfikir dan berfikir*_

Monday, March 9, 2009

~Salam Maulidur Rasul~

*Artikel ini saya ambil dari web pada link yang telah disertakan sekali. Cuma klik pada tajuk post ini untuk mendapatkan keratan artikel sebenar.

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.



Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."


Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."


Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?

Tuesday, February 24, 2009

Rahsia Di Sebalik Demam

Artikel ini saya dapat dari seorang sahabat. Kebetulan saya sedang demam, jadi terifikir untuk berkongsi artikel ini dengan semua pembaca blog.

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis
kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat
dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada
kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan
kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.


*_berfikir dan berfikir_*

Saturday, February 7, 2009

Politik dan Pelajar.

Politik adalah sebahagian dari Islam. Siapa yang tak ambil endah dengan politik DUNIA mahupun yang berlaku di NEGARA SENDIRI, sama lah dengan tidak mengendahkan isu umat Islam.

Rata-rata pelajar di Malaysia tidak mahu, takut, dan tidak punya minat untuk mengikuti perkembangan politik negara. Ada yang mengikuti tetapi tidak mahu turut serta, ada yang tidak mahu mengikuti langsung, dan yang paling mengecewakan... Ada yang tidak mahu mengikuti perkembangan politik di negara sendiri tetapi lebih berminat dengan perkembangan politik di luar negara. Apakah kita tidak sama dengan mereka di luar sana? Apakah isu politik di negara sendiri kurang penting berbanding isu politik dunia?

Menyatakan isu kekesalan terhadap kebanyakkan pelajar Malaysia, mereka cemerlang dalam menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap isu umat Islam di Palestin. Perhimpunan, boikot, bakar bendera, laungan suara, macam-macam bentuk penentangan yang dibuat semata-mata ingin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di Palestin. Jadi, mengapa tidak berbuat perkara yang sama terhadap isu penindasan dan penghinaan Islam di negara sendiri?

Hamas dan Fatah: Mana satu pilihan anda??
Yang mengambil dan memperjuangkan politik Islam di negara sendiri adalah sama dengan Hamas.
Yang memencilkan dan berdiam diri adalah sama dengan Fatah.

Tepuk dada tanya iman. Apakah anda akan berjuang bersama Hamas jika dihantar kesana, atau adakah anda akan bertukar fikiran dan mengikuti Fatah? Jawapannya ada dalam diri anda sekarang. Sedangkan di negara sendiri hati kita sudah tidak kuat dan takut berjuang demi menegakkan Islam di negara sendiri, apakah kita akan menjadi HERO yang berani di negara Palestin yang pastinya lebih dasyat situasinya??

من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

"Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka." (Riwayat Al-Baihaqi dalam "Shuab Al-Iman"At-Tabari,Abu Nua'im dalam "hilyah"dan Al-Hakim)

Jadi apa tunggu lagi..? Jalankan tanggungjawab mu sekarang!!

Monday, December 1, 2008

KENAPA..Dan Jawapan Dari Al-Quran.


KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN??
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Monday, November 3, 2008

Belajar Demi Sekeping Sijil atau Ilmu??

Baru-baru ini seorang sahabat bercerita tentang kegusarannya pada saya. Resah hatinya, kerisauan terpancar pada riak wajahnya. Mengapa? Kerana sekeping sijil dan nilainya pada masa hadapan. Gusar kerana saudaranya yang merupakan pelajar di sekolah pondok tidak mempunyai sijil untuk bekerja dan meneruskan kehidupan. Terus, dia tidak bersetuju sama sekali dengan cara pengurusan di sekolah-sekolah pondok. Soalnya, apakah sijil itu menentukan hala tuju kita? Apakah dengan sekeping sijil bererti rezeki kita sudah ditentukan? Siapa yg lebih berhak menentukan rezeki kita selain Allah?

Jawapan saya padanya mudah. Saya bertanya kembali, adakah semua orang-orang yang berkelulusan tinggi mendapat pekerjaan yang baik? Dan apakah pula pekerjaan itu menjanjikan dia rezeki yang halal lagi diberkati? Siapa tahu, dia bakal pendakwah yang hebat yang bekerja semata-mata kerana Allah. Dia patut berbangga kerana mempunyai saudara yang sebegitu, yang matanya tidak dibutakan dunia. Belajar di pondok bukanlah satu penghinaan baginya tetapi merupakan satu kemuliaan.

Kadangkala hati saya sendiri geram bila menjawab persoalan-persoalan sebegini. Apakah dunia yg kita kejari? Letaklah dunia di tangan, bukan di hati. Tetapi, memang saya sedari hakikatnya masih ramai yang tidak memahami konsep ilmu itu sendiri. Bahkan saya sendiri adakalanya terlupa. Alhamdulillah, bila ditanya begini, kesedaran itu datang kembali.

Teringat saya pada tajuk research proposal yang baru dihantar pada minggu lepas, "What is the Purpose of Reading among Students? Reading for Exam or Knowledge Purpose?" Tajuk yang memang sengaja saya pilih untuk dikaji. Rata-rata para pelajar memang mementingkan sijil dan kelulusan dalam bidang yang diambil tanpa menyedari pengertian 'Belajar' yang sebenar. Mengejar ilmu yang bagi mereka membawa faedah kepada diri semata-mata tanpa menghiraukan ilmu-ilmu yang lain yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Sehari berteleku di hadapan buku, sanggup tidak makan dan minum semata-mata kerana ingin mencapai keputusan peperiksaan yang tinggi. Bukanlah untuk menyatakan ianya salah, tetapi perbetulkan niat.

Biasanya para pelajar memang terkenal dengan solat hajat. Betul kan? Tetapi bila masanya kita biasa melakukan solat-solat sunat terutamanya solat hajat? Tepuk dada, tanya hati. Menjelang peperiksaan memang ramai yang teringat kewujudan solat hajat ini. Apakah kita solat untuk memohon berkat dan rahmat Allah? Atau semata-mata kerana berhajat untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan dan mendapat pekerjaan yang baik di kemudian hari?

Pesan saya kepada semua, jadikan ilmu itu sebagai satu landasan untuk kita lebih mendekati Allah. Tidak kira apa jua bidang yang kita ceburi, kaitkan ia dengan Islam. Segalanya akan menjadi lebih indah dan bermakna. Di Barat, ramai yang tertarik dengan Islam kerana ilmu. Kajian-kajian yang mereka lakukan menjurus mereka kepada penemuan agama Allah. MasyaAllah! Hebat bukan? Bahkan adakalanya mereka lebih menghayati Islam itu daripada kita. Moga hidayah itu terus berkekalan di dalam hati ini.

KeHidUpAn



Suatu pagi, seorang guru berdiri di hadapan kelas sambil mengangkat segelas(secawan) air. Dia bertanya kepada murid-muridnya; "Cuba kamu teka, berapa berat gelas ini?"



Jawab murid yang duduk di hadapan kelas: "50 gram, cikgu!"



Guru tersebut tersenyum. "Yang lain?" soalnya."



Saya rasa mungkin 100 gram," jawab seorang pelajar perempuan.



Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas, "Jawapannya mesti antara 50 hingga 500 gram.



Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas itu 200 gram? 300 gram? 410 gram? atau 100 gram?



Jawab gurunya, "Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah! Sebenarnya, berat segelas air ini tidak begitu penting sebab ianya bergantung kepada berapa lama kamu memegangnya. Jika kamu pegang gelas ini satu minit, tak jadi masalah. Kalau satu jam, tangan kamu akan sakit. Sehari! Kamu perlu diusung ke ambulans." Ketawa murid-muridnya mendengar kata- kata guru itu.



Sambung guru tersebut; "Murid-murid sekalian… berat segelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya, ia akan menjadi semakin berat.Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan gelas itu ke bawah, rehat beberapa minit dan sambungnya kembali."



"Begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Jika kita ada masalah, selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar. Lupakan masalah itu untuk seketika."



"Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali."

___________________________~
Dalam menghadapi dunia dan kehidupan masa kini, memang tidak dinafikan ada banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Baru-baru ini di akhbar Kesihatan juga menyiarkan bahawa manusia di zaman ini dilanda masalah mental yang semakin teruk dan terdapat peningkatan jumlah pesakit-pesakit mental. Mengapakah dan bagaimanakah fenomena ini berlaku?

“ Dan apabila mereka dipukul ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru dengan penuh keikhlasan kepadaNya, maka tatkala Allah telah menyelamatkan mereka sampai ke daratan, lalu sebahagian mereka masih tetap menempuh jalan yang lurus dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami melainkan orang yang tidak setia lagi engkar.” (Surah Luqman : ayat 32)

Manusia sering lupa pada Allah. Mereka lupa bahawa manusia amat memerlukan pertolongan dan bantuan Allah ketikamana mereka dilanda satu bencana atau masalah serta kesulitan yang mendesak. Doa dan usaha itu amat penting serta bertawakal kepada Allah.

Berehat seketika dengan muhasabah diri agar kita tidak tersasar jauh dari jalanNya (",)

Tuesday, September 30, 2008

Keperluan atau Pembaziran?

Mak Limah : e’eh..cuba kau tengok tu Jah.. Banyaknya si Timah beli baju raya..
Mak Jah : Jangan kata baju, kuih raya dia pn aku tengok bertin-tin dekat daput. Nanti anak dia balik beraya bawak lagi. Habis ke nanti tu?
Mak Limah : Entahlah Jah.. Tapi cemburu pulak aku tengok. Rasanya aku pon nak tambah koleksi baju raya la Jah. Aku ada 2 pasang je.. Lagipun kau tau Jah, sekarang ni tengah murah-murah. Megasale la katakan..
Mak Jah : Dah..kau pun nak jadi macam dia jugak?? Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih..
Mak Limah : Kau mengata aku ye Jah..? Tak ada salahnya pun aku nak beli. Nanti-nanti kan aku pakai jugak buat berjalan. Ha..pakai ke surau lagi..
Mak Jah : Suka hati kau lah Limah.. Aku tak nak dikatakan membazir. Itu kan amalan syaitan.


Keperluan atau pembaziran? Anda keliru? Jika anda keliru bermakna anda masih belum bijak dalam mentafsirkan kedua-dua maksud perkataan itu dengan sempurna. Barangkali anda juga tergolong dalam golongan yang suka membazir. Hati-hati…

Kemarin ketika menyediakan juadah untuk bersahur, saya mendengar ceramah di radio. Siapa penceramahnya tak pula saya ingat. “Perayaan sering dilihat sebagai satu pesta dan bukannya ibadah pada zaman ini.” Betul kata ustaz tu, manusia lupa bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal hadir ini bukanlah satu pesta dimana semua berseronok-seronok sambil berjalan ke rumah saudara dengan menunjuk-nunjuk perhiasan baru yang mereka ada. Bahkan ia merupakan satu ibadah dimana kita meraikan 1 Syawal, hari yang mulia lagi bermakna buat umat Islam. Sambutan bukanlah bertujuan bersuka ria tetapi menyambut kemenangan setelah sebulan berperang dengan nafsu diri yang menggila. Dan jangan kita lupa pada peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan ini. Hayatilah dan fahamilah maknanya yang tersirat.

Tak kurang juga ada yang sanggup melaburkan sejumlah besar wang ringgit hanya untuk membeli juadah berbuka yang sememangnya mampu untuk menampung perbelanjaan selama 5 bulan! Ya, tanpa kita sedari sebenarnya bulan Ramadhan adalah bulan yang dipenuhi pembaziran. Oleh siapa?? Oleh kita semua. Membeli yang tidak perlu tanpa beringat sedikit pun. Melayan nafsu membeli sepuas-puasnya. Mata dan hati dikaburi MEGASALE yang terdapat di merata-rata. Siapakah anda?? Inikah jatidiri umat Islam masa kini??

Tepuk dada tanya iman. Berbelanja sekadar memenuhi keperluan tanpa perlu membazir. Beraya bukanlah semestinya memerlukan baju baru, sofa baru, langsir baru dan bermacam-macam lagi perkakas yang baru. Tetapi, tukarlah konsep supaya di lebaran yang mulia ini, kita menjadi insan baru dengan iman yang baru yang lebih berkilau dari sebelumnya.

Sinarilah Syawal dengan cahaya keimanan… bukan dengan cahaya keduniaan.

Thursday, September 18, 2008

Cerita Harimau, Buaya, Tikus, dan Madu Lebah.

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... . Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.

Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.... Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah. . ..

Wednesday, September 3, 2008

Siapa Mahukan Haruman Kasturi?


Ramadhan yang dinanti-nanti kini tiba kembali setelah sekian lama menyepi. Rindu...terasa rindu menggamit hati. Pada Ramadhan yang datang dan pergi.

Ramadhan dan puasa memang tidak dapat dipisahkan lagi. Setiap kali menyebut bulan Ramadhan, pasti dibenak fikiran setiap orang akan terus tertacap perkataan 'puasa'. Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bauan kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.

Mengapa Allah menggunakan haruman kasturi dan bukan emas, berlian, madu dan lain-lain ganjaran yang sememangnya nampak lebih hebat? Apa ada dengan haruman tersebut?

Pernahkan kalian membeli haruman (perfume) di kedai-kedai? Jikalau tidak sekalipun, semestinya ada yang mencuba. Adakah pernah kalian melihat haruman-haruman ini dibiarkan terbuka? Tidak. Haruman tidak pernah dan tidak akan dibiarkan terbuka kerana akan habislah rosak dan hilang wangian tersebut.

Begitulah yang terjadi pada orang-orang yang berpuasa. Hadis tersebut bukan sahaja menerangkan bahawa Allah memberi ganjaran berupa haruman dari mulut, tetapi juga Allah ingin menyampaikan kepada kita pengertian sebenar berpuasa. Di dalam berpuasa seseorang hendaklah menahan mulutnya dari banyak berkata-kata. Apatah lagi jika apa yang diakatakan itu hanyalah perkara yang bukan-bukan dan tidak membawa sebarang manfaat. Tidak banyak bercakap dan menutup mulut boleh diumpamakan dengan menutup haruman kasturi tadi. Lebih banyak percakapan dari mulut, lebih banyaklah haruman yang keluar. Akhirnya tidak meninggalkan apa-apa untuk disimpan sebagai bekalan di akhirat. Di penghujung Ramadhan, kita tidak mendapat apa-apa. Bahkan ibadah puasa yang dijalani hanyalah kosong semata-mata.

Nakkan haruman kasturi dari mulutmu? Nah, jangan banyak berkata yang sia-sia di bulan mulia ini.

Monday, August 25, 2008

Lembut Yang Lemah atau Lembut Yang Berhemah?

Wanita dan kelembutan adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan. Tapi apa yang dapat dilihat, wanita zaman moden ini sering menyalahgunakan kelembutan. Apakah salah wanita berlembut? Bukankah itu suatu kebiasaan yang tidak dapat dicegah? Atau ada cara lain untuk menunjukkan kelembutan?
“Maka janganlah kalian merendahkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginan jeleklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang ma‘ruf.” (Al Ahzab: 32)
Ramai sahabat-sahabat yang saya temui mengatakan sukar untuk tidak melembutkan suara kerana "Nak buat cmna?Dah memang suara saya cmtu", "Eei..pompuan mana boleh kasar suara"..
Apa yang hendak disampaikan bukanlah deperti yang mereka fahami. Boleh saja bercakap dengan lembut. Tapi adakah perlu berlembut suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan muhrim? Bercakap dengan gaya manja, lebih mesra dari bercakap dengan kaum sendiri. Suara merupakan anugerah Allah yang sangat bermakna. Suara-suara wanita mampu mendamaikan hati para suami, mampu mendodoikan anak-anak kecil, mampu mengalirkan air mata sesiapa yang mendengar suara rintihan seorang wanita. Ia punya satu tarikan yang besar, tetapi jangan digunakan ke arah kemaksiatan.
Suara merupakan bagian dari wanita sehingga suara termasuk aurat, demikian fatwa yang disampaikan Asy Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al Fauzan dan Asy Syaikh Abdullah bin Abdirrahman Al Jibrin sebagaimana dinukil dalam kitab Fatawa Al Mar’ah Al Muslimah (1/ 431, 434)

* banyak persoalan tentang kelembutan yang bukan hanya pada suara, malah perlakuan. wanita sering menggunakan alasan untuk menagih simpati kaum lelaki. Adakah ini ciri wanita muslimah? Banyak tugasan perlu disiapkan dalam masa terdekat jadi tak berkesempatan untuk menulis di blog..

Thursday, June 26, 2008

Sebakul Air

(cerita ini saya tulis berdasarkan sebuah artikel kisah yang saya dapat melalui e-mail)

Di sebuah kampong, ada seorang lelaki tua yang selalu membaca Al-Quran di dapurnya setiap
pagi. Cucunya yang tinggal bersama nak jadi seperti datuknya, lalu dia pun mengikut apa yang datuknya lakukan. Satu hari cucunya berkata:

Cucu : Tok.. hari-hari Aril tengok atuk dok ngaji Quran. Aril ikut ngaji jugak tp Aril tak paham. Lepas Aril tutup ja Quran, teruih tak ingat apa dah. Elok ka baca Quran ni tok?


Lelaki tua yang sedang memunggah arang dari bakul terus berpaling pada cucunya…

Tok: Nah, hang p amek ayaq kt sungai bawah tu pakai bakui nih.

Oleh sebab disuruh, cucunya segera bertindak mengikut arahan. Tetapi setibanya di rumah, air yang diambilnya sudahpun melimpah ke tanah.

Tok: (sambil tergelak) Aril kena lari cepat sket..

Kali ni cucunya berlari ke sungai dan mengambil air. Sambil tercungap-cungap, dia pulang ke rumah dan memberitahu datuknya bahawa mustahil baginya untuk mengambil air menggunakan bakul. Dia terus berjalan pergi untuk mengambil timba.

Tok: Atok tak mau ayaq dalam timba, atok nak ayaq dalam bakui ja. Aril tak bersungguh lagi ni…

Lelaki tua itu pergi ke muka pintu memerhatikan cucunya pergi ke sungai untuk mengambil air lagi. Pada ketika ini, cucunya sudah pun tahu bahawa memang mustahil baginya mengambil air menggunakan bakul. Akan tetapi, dia pergi juga kerana ingin menunjukkan datuknya betapa cepat pun dia berlari, air yang dibawanya akan tetap keluar dari bakul.
Sekali lagi budak lelaki itu mencedok air dengan bakul dan berlari-lari ke arah datuknya.

Cucu : (sambil tercungap-cungap keletihan) Tok, tengok la ni. Kan Aril dah kata memang tak boleh amek ayaq pakai bakui nih.

Tok : Abes tu Aril rasa tak berguna la dok pi balik amek ayaq tadi? Cuba Aril tengok bakui tuh.

Budak lelaki itu pun melihat pada bakul yang dipegangnya dan baru disedari bakul arang yang kotor tadi telah bertukar menjadi bersih… Luar dan dalamnya…

Tok : Aril, itu la kebaikan mambaca Quran. Walaupun kadang-kadang kita tak paham maksudnya, tapi bila kita baca, kita akan berubah luaran dan dalaman. Itu semua kerja Allah dalam kehidupan kita.

Kadangkala kita merasakan bahawa kebaikan yang kita lakukan adalah sia-sia. Tetapi, Allah jadikan setiap perkara itu ada hikmahnya yang tersendiri. Renungkanlah…

Wednesday, June 25, 2008

Nak ke kawan dgn budak nakal??


Satu petang selepas selesai kuliah, dua orang sahabat dari jauh berdiskusi apabila terlihat kelibat saya…
“Eh, cuba tgk tu Anis. Nurul nak kemana dengan Liz?”
“A’a la…macam rapat je diorg tu. Berbual mesra lagi. Takpe ke ni Fatma? Awak tau jela Liz tu cmna orangnya..”

Keesokannya…kedua-dua sahabat ini menemui saya.
“Nurul, ana nak tanya. Sejak bila enti berkawan dengan Liz? Enti kan tahu mcm mana orangnya. Ana risau enti akan terpengaruh dengannya. Bukan ana nak bersangka buruk dengan sesiapa, cuma ana sayangkan enti.”

“Alhamdulillah..ana dikurniakan sahabat yang baik mcm enti Fatma, Anis. Tapi orang kata berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” saya mengenyit mata pada kedua-dua sahabat sekadar bergurau senda.

“Ana tahu..ana tak halang enti berkawan dengan sesiapa. Tapi enti sendiri maklum, Liz tu orangnya sosial, pakaiannya saja mencerminkan peribadinya, tutur katanya sering menyakitkan hati. Lagipun, penampilan enti saja dah nampakkan perbezaan dengannya. Enti bertudung labuh, dia… Ana tak suka dengan orang mcm Liz tu.” Anis melahirkan rasa hatinya. Terlihat pada riak wajahnya ada rasa tidak senang dengan perlakuan saya.

Salah ke kawan-kawan untuk saya bersahabat dengan orang seperti Liz??

Kebanyakkan orang lebih selesa berkawan dengan orang yang ‘masuk’ dengannya. Jika di IPT, memang satu panorama yang biasa kelompok-kelompok dari ‘ragam’ yang sama dilihat berkumpul sekali. Biasa lah.. yang nerd kawan dengan nerd jugak. Yang rambut perang dengan rambut perang. Yang bertudung labuh, dengan geng-geng tudung labuhnya. Best ke camni? Takde integrasi pon.

Kebanyakkan golongan yang ‘baik sket’ kurang bergaul dengan insan-insan yang dirasakan ‘tak sama taraf’ dengannya. Mereka yang ‘baik sket’ ni rata-rata pengetahuan agamanya lebih baik jika dibandingkan dengan yang lain. Bukan la tidak bagus, tetapi kan lebih bagus lagi jika dikongsikan dan disebarkan kepada semua?

“Eh..bukan kami tak sampaikan. Kami dah buat usrah lagi. Dekat surau pun selalu kami buat aktiviti. Diorang yang tak nak datang”

Memang benar… Tapi cukup ke dengan itu sahaja? Orang yang selalu ke surau ni, dah memang hari-hari nampak muka tu jugak. Tak nak ke tambah orang lagi? Mungkin mereka yang tak biasa ke surau segan nak datang. Kita yang perlu mendekati mereka. Jangan hanya duduk dalam comfort zone, berkongsi ilmu dengan yang senang menerima nasihat kita sahaja. Bagaimana dakwah kita nak berkembang dengan hanya bergaul dengan orang-orang yang seangkatan dengan kita?

Sebagai orang yang diberikan Allah sedikit ilmu yang lebih dari orang lain, janganlah kita merasa sombong dan bongkak. Memang susah, memang benci rasanya nak berkawan dengan budak-budak nakal ni. Tapi, apakah kita merasakan diri kita cukup baik? Iman kita cukup sempurna? Jika kita baik sekalipun, adakah kita yakin pengakhiran kita juga baik? Mungkin dia yang kita kutuk-kutuk dan kita benci, berubah menjadi insan yang lebih baik 10 tahun akan datang. Bagi Allah, semuanya tidak mustahil…

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Hidayah itu bukan atas kuasa kita untuk memberinya. Apa yang dapat kita lakukan adalah menyampaikan dakwah atas muka bumi ini selagi mana kita mampu. Berdakwah, berjuang, memang susah..kerana syurga itu mahal harganya.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Amin…

* segala nama-nama yg tertera di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kait-mengait dengan mana-mana individu samada yg masih hidup atau yg telah mati.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com